Selamat Datang

Selamat Datang ke Blog Kompang Cenderawasih. Blog ini baru diterbitkan pada 26 April 2011 . Terima kasih kerana sudi melawat blog ini. Sila klik like @ tinggalkan komen anda. Kepada sesiapa yang ingin mengetahui dengan labih lanjut berkenaan kumpulan kami sila hubungi kami untuk penerangan lanjut. Terima Kasih di atas sokongan anda....

Jangan Lupa Klik Like Dan Share Dengan Rakan-Rakan Anda Di Facebook Dan Twitter

Follow KCenderawasih on Twitter

Aktiviti Kelab...


Perantis Pertama Anak Didik Kelab Kompang Cenderawasih PUGK

Sek Ren Bukit Jeruk Jabi Jertih

Inilah Perintis Pertama Cenderawasih

Bersama Guru Kesayangan Mereka

Antara Pewaris Pejuang Kesenian

 Ketika Latihan...khusyuk sungguh yer...


Mendengar Celoteh Dari Tekong kami `Wak Jibeng..`

Read More

100 LANGKAH MENUJU KESEMPURNAAN IMAN

100 LANGKAH MENUJU KESEMPURNAAN IMAN

01.       Bersyukur Apabila Mendapat Nikmat;
02.       Sabar Apabila Mendapat Kesulitan;
03.       Tawakal Apabila Mempunyai Rencana/Program;
04.       Ikhlas Dalam Segala Amal Perbuatan;
05.       Jangan Membiarkan Hati Larut Dalam Kesedihan;
06.       Jangan Menyesal Atas Sesuatu Kegagalan;
07.       Jangan Putus Asa Dalam Menghadapi Kesulitan;
08.       Jangan Usik Dengan Kekayaan Orang;
09.       Jangan Hasad Dan Iri Atas Kesuksessan Orang;
10.       Jangan Sombong Kalau Memperoleh Kesuksessan;
11.        Jangan Tamak Kepada Harta;
12.        Jangan Terlalu Ambitious Akan Sesuatu Kedudukan;
13.       Jangan Hancur Karena Kezaliman;
14.       Jangan Goyah Kerana Fitnah;
15.        Jangan Berkeinginan Terlalu Tinggi Yang Melebihi Kemampuan Diri.
16.       Jangan Campuri Harta Dengan Harta Yang Haram;
17.        Jangan Sakiti Ayah Dan Ibu;
18.       Jangan Usir Orang Yang Meminta2;
19.       Jangan Sakiti Anak Yatim;
20.       Jauhkan Diri Dari Dosa2 Yang Besar;
21.        Jangan Membiasakan Diri Melakukan Dosa2 Kecil;
22.       Banyak Berkunjung Ke Rumah Allah (Masjid);
23.       Lakukan Solat Dengan Ikhlas Dan Khusyu;
24.       Lakukan Solat Fardhu Di Awal Waktu, Berjamaah Di Masjid;
25.       Biasakan Shalat Malam;
26.       Perbanyak Dzikir Dan Do'a Kepada Allah;
27.       Lakukan Puasa Wajib Dan Puasa Sunat;
28.       Sayangi Dan Santuni Fakir Miskin;
29.       Jangan Ada Rasa Takut Kecuali Hanya Kepada Allah;
30.       Jangan Marah Berlebih2an;
31.       Cintailah Seseorang Dengan Tidak Berlebih2an;
32.       Bersatulah Karena Allah Dan Berpisahlah Karena Allah;
33.       Berlatihlah Konsentrasi Pikiran;
34.       Penuhi Janji Apabila Telah Diikrarkan Dan Mintalah Maaf Apabila Karena Sesuatu Sebab Tidak Dapat Dipenuhi;
35.       Jangan Mempunyai Musuh, Kecuali Dengan Iblis @ Syaitan;
36.       Jangan Percaya Ramalan Manusia;
37.       Jangan Terlampau Takut Miskin;
38.       Hormatilah Setiap Orang;
39.       Jangan Terlampau Takut Kepada Manusia;
40.       Jangan Sombong, Takabur Dan Besar Kepala;
41.       Berlakulah Adil Dalam Segala Urusan;
42.       Biasakan Istighfar Dan Taubat Kepada Allah;
43.       Bersihkan Rumah Dari Patung2 Berhala;
44.       Hiasi Rumah Dengan Bacaan Al-Quran;
45.       Perbanyakkan Silaturrahim;
46.       Tutup Aurat Sesuai Dengan Petunjuk Islam;
47.       Bicaralah Secukupnya;
48.       Beristeri/Bersuami Kalau Sudah Siap Segala2nya;
49.       Hargai Waktu, Disiplin Waktu Dan Manfaatkan Waktu;
50.       Biasakan Hidup Bersih, Tertib Dan Teratur;
51.        Jauhkan Diri Dari Penyakit2 Bathin;
52.       Sediakan Waktu Untuk Santai Dengan Keluarga;
53.       Makanlah Secukupnya, Tidak Kekurangan Dan Tidak Berlebihan;
54.       Hormatilah Kepada Guru Dan Ulama
55.       Sering-Sering Bershalawat Kepada Nabi;
56.       Cintai Keluarga Nabi Saw;
57.       Jangan Terlalu Banyak Hutang;
58.       Jangan Terlampau Mudah Berjanji;
59.       Selalu Ingat Akan Saat Kematian Dan Sedar Bahawa Kehidupan Dunia Adalah Kehidupan Sementara;
60.       Jauhkan Diri Dari Perbuatan2 Yang Tidak Bermanfaat Seperti Bercakap2 Yang Tidak Berguna;
61.       Bergaul Lah Dengan Orang2 Soleh;
62.       Sering Bangun Di Penghujung Malam, Berdoa Dan Beristighfar;
63.       Lakukan Ibadah Haji Dan Umrah Apabila Sudah Mampu;
64.       Maafkan Orang Lain Yang Berbuat Salah Kepada Kita;
65.       Jangan Dendam Dan Jangan Ada Keinginan Membalas Kejahatan Dengan Kejahatan Lagi;
66.       Jangan Membenci Seseorang Karena Pahaman Dan Pendiriannya;
67.       Jangan Benci Kepada Orang Yang Membenci Kita;
68.       Berlatih Untuk Berterus Terang Dalam Menentukan Sesuatu Pilihan
69.       Ringankan Beban Orang Lain Dan Tolonglah Mereka Yang Mendapatkan Kesulitan.
70.       Jangan Melukai Hati Orang Lain;

Read More

DI ANTARA CABANG IMAN

77 CABANG IMAN

01. Beriman kepada Allah
02. Beriman kepada para rasul
03. Beriman kepada malaikat
04. Berimankepada kitab-kitab
05. Beriman kepada Hari Kemudian
06. Beriman kepada Takdir
07. Ba’ats (hidup yang kedua sesudah mati)
08. Hasyr (berkumpul semua makhluk sesudah bangun dari kubur)
09. Tempat orang mukmin di syurga dan tempat orang kafir di neraka
10. Mahabbah (cinta) kepada Allah
11. Khauf (takut kepada Allah)
12. Roja (mempunyai harapan akan belas kasih dari Allah)
13. Tawakkal (menyerah kepada Allah)
14. Mahabbah (cinta) kepada junjungan Nabi besar Muhammad Saw.
15. Ta’dzim ( memuliakan) kepada junjungan Nabi besar Muhammad Saw.
16. Yakin pada kebenaran Islam. Lebih baik masuk kedalam api dari pada menjadi kafir.
17. Menuntut ilmu pengetahuan
18. Mengajarkan Ilmunya
19. Ta’dzim (memuliakan) Al QurĂ¢n
20. Bersuci
21. Mendirikan shalat lima waktu
22. Membayar Zakat
23. Puasa bulan Ramadhan
24. I’tikaf (berhenti di dalam mesjid sementara waktu)
25. Haji (Ziarah ke Baitullah)
26. Jihad fi sabilillah (membela agama Allah)
27. Waspada (murobathoh menjaga musuh)
28. Waktu berperang, tetap dimuka musuh
29. Menyerahkan seperlima harta jarahan untuk imam
30. Memerdekakan hamba (budak)
31. Menjalankan kifarat ( tebusan) bagi yang berkewajiban
32 .Menepati janji
33 .Mengingat- ingat betapa banyaknya kemurahan dan kenikmatan Tuhan yang melimpah- limpah, dan bersyukur
34. Menjaga mulut dari yang tak ada faedah
35. Menjaga farji (kemaluan) jangan sampai mendatangi larangan agama
36. Menyampaikan amanat (titipan)
37. Menjaga jangan sampai melukai atau membunuh orang lain
38. Menjaga tangannya dari pada mengambil yang bukan haknya

Read More

Keistimewaan Insan Yang Bernama Wanita..

SEMBILAN BELAS HADITH RASULLULLAH S.A.W  MENGENAI WANITA

1.Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w. akan hal tersebut, jawab Baginda s.a.w., "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".  

2.Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan. 

3.Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t. 

4.Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya. 

5.Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan. 

6.Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah s.w.t. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah s.w.t. 

7.Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya. 

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah). Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail. 

Read More

6 WANITA MALANG & 19 KEISTIMEWAAN WANITA

6 WANITA MALANG & 19 KEISTIMEWAAN WANITA

6 JENIS WANITA MALANG

1_“Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang Ananah, yang Mananah, dan yang Hananah, dan jangan engkau kahwini yang Hadaqah, yang Baraqah dan yang Syadaqah.”

2_Wanita Ananah:banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.

3_Wanita Mananah:suka membangkit-bangkit terhadap suami. Wanita ini sering menyatakan, “Aku membuat itu keranamu”.

4_Wanita Hananah: menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.

5_Wanita Hadaqah: melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.

6_Wanita Baraqah: ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagianya.

Wanita Syadaqah: banyak cakap tidak menentu lagi bising.


Read More

Sifat-Sifat Manusia...

LIMA SIFAT MANUSIA MENGHADAPI KESUSAHAN DAN KESENANGAN

Musibah dan kenikmatan kedua-duanya adalah cubaan dari Allah agar manusia sedar dan kembali mengingati kekuasaan Allah. Manusia mempunyai sifat yang berbeza terutamana dalam menghadapi kesusahan musibah,malapetaka, kesenangan dan kenikmatan.

1.         Ada golongan manusia yang ingkar bahawa kenikmatan dan malapetaka itu datang-nya dari Allah sebagai ujian. Mereka berkata gempa bumi,banjir, hama,kebakaran, angin taufan, semua itu adalah bencana alam,alamiah dan bukan dari Tuhan. Apabila kesulitan yang menimpa diri mereka telah pulih kembali dan berakhir seperti sakit sekian lama kemudian sembuh,miskin kemudian menjadi kaya dan berakhir seperti sembuh,miskin kemudian menjadi kaya dan berakhir seperti itu juga. Namun mereka tetap kufur terhadap pemberi kenikmatan dan rahmat dari Allah SWT. Firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya orang-orang kafir (yang tidak akan beriman)sama sahaja kepada mereka,sama ada engkau beri amaran kepadanya atau engkau tidak beri amaran,mereka tidak akan beriman. (Dengan sebab keingkaran mereka) Allah meteraikan atas hati mereka serta pendengaran mereka ada penutupnya,dan bagi mereka pula disediakan azab seksa yang amat besar." (Al-Baqarah 2:6-7)

2.         Golongan kedua ialah orang-orang yang kurang yakin dalam keimanannya, Ketika dia memperolehi nikmat daripada Allah kerana apabila mereka mendapat cubaan yang berbentuk musibah dan malapetaka,mereka ingkar kepada Allah. Sembahyang dan puasa ditinggalkan. Firman Allah SWT: "Dan diantara manusia yang menyembah Allah dengan sikap dan pendirian yang tidak tetap,iaitu kalau ia berole kebaikan, senanglah hatinya dengan keadaan itu dan kalau pula ia ditimpa kesusahan berbaliklah ia semula (kepada kekufurannya) (Dengan sikapnya itu) rugilah ia akan dunia dan akhirat,itulah kerugian yang terang nyata. Ia menyeru dan menyembah makhluk-makhluk yang lain dari Allah,yang tidak dapat membahayakannya dan tidak dapat mendatangkan kebaikan kepadanya, itulah kesesatan yang jauh terpesong. "(AlHajj22:11-12)Orang yang demikian apabila memperolehi kekayaan,dia akan berasa sombong, kedudukan yang ada digunakan untuk kepentingan sendiri dan apabila memperolehi ilmu pengetahuan digunakan untuk merugikan orang lain. Hal itu akan terjadi sekiranya semua yang diperolehinya dengan jalan yang tidak wajar. Firman Allah: "Manusia tidak jemu-jemu memohon kebaikan. Dan kalau ia ditimpa kesusahan maka jadilah ia seorang yang sangat berputus asa.lagi sangat nyata kesan putus harapnya (dari rahmat pertolongan Allah)." (Surah Fussilat 41-49)"Dan demi sesungguhnya!Jika Kami rasakan manusia sesuatu pemberian rahmat dari Kami kemudian Kami tarik balik pemberian itu daripadanya,kedapatan dia sangat-sangat berputus asa,lagi sangat-sangat tidak bersyukur." (SuraH Hud 11:9)

3.         Golongan ketiga ialah orang-orang yang apabila mendapat kesulitan, musibah, mala petaka,kemiskinan mereka mengingat Allah Tetapi setelah memperolehi kenikmatan mereka lupa kepada-Nya. Firman Allah yang bermaksud: "Dan apabila seseorang manusia ditimpa kesusahan, merayulah ia kepada Kami (dalam segala keadaan) samaada ia sedang berbaring, duduk atau berdiri dan manakala Kami hapuskan kesusahan itu daripadanya,ia terus membawa cara lamanya seolah-olah dia tidak pernah merayu kepada Kami memohon hapuskan sebarang kesusahan yang menimpa." (Yunus 10:12)

Read More

Tazkirah Jumaat..

5 PERKARA ELOK DISEBUT

Dalam sesi muzakarah kali ini, saya hendak menarik perhatian tentang 5 perkara yang patut disebut-sebut selalu untuk memberi kesedaran kepada kita sepanjang menjalani hidup ini.

Nabi Muhammad saw pernah mengingatkan umat-umatnya tentang kelima-lima perkara ini iaitu:

Perbanyakkan Menyebut Allah Daripada Menyebut Makhluk.
Sudah menjadi kebiasaan bagi kita menyebut atau memuji-muji orang yang berbuat baik kepada kita sehingga kadang-kadang kita terlupa hakikat bahawa terlampau banyak nikmat yang telah Allah berikan kepada kita. Lantaran itu, kita terlupa memuji dan menyebut-nyebut nama Allah. Makhluk yang berbuat baik sedikit kita puji habisan tapi nikmat yang terlalu banyak Allah berikan kita langsung tak ingat. Sebaik-baiknya elok dibasahi lidah kita dengan memuji Allah setiap ketika, bukan ucapan Al-hamdulillah hanya apabila sudah kekenyangan hingga sedawa. Pujian begini hanya di lidah saja tak menyelera hingga ke hati.

Perbanyakkan Menyebut Akhirat Daripada Menyebut Urusan Dunia.
Dunia terlalu sedikit dibandingkan dengan akhirat. 1000 tahun di dunia setimpal dengan ukuran masa sehari di akhirat. Betapa kecilnya nisbah umur di dunia ini berbanding akhirat. Nikmat dunia juga 1/100 daripada nikmat akhirat. Begitu juga seksa dan kepayahan hidup di dunia hanya 1/100 daripada akhirat. Hanya orang yang senteng fikiran sibuk memikirkan Wawasan Dunia (WD) hingga terlupa Wawasan Akhirat (WA). Manusia yang paling cerdik ialah mereka yang sibuk merancang Wawasan Akhiratnya. Saham Amanah Dunia (SAD) tak penting, tapi yang paling penting ialah Saham Amanah Akhirat (SAA) yang tak pernah rugi dan merudum malahan sentiasa naik berlipat kali ganda. Oleh itu perbanyakkanlah menyebut-nyebut perihal akhirat supaya timbul keghairahan menanam dan melabur saham akhirat.
 

Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...