Selamat Datang

Selamat Datang ke Blog Kompang Cenderawasih. Blog ini baru diterbitkan pada 26 April 2011 . Terima kasih kerana sudi melawat blog ini. Sila klik like @ tinggalkan komen anda. Kepada sesiapa yang ingin mengetahui dengan labih lanjut berkenaan kumpulan kami sila hubungi kami untuk penerangan lanjut. Terima Kasih di atas sokongan anda....

Jangan Lupa Klik Like Dan Share Dengan Rakan-Rakan Anda Di Facebook Dan Twitter

Follow KCenderawasih on Twitter

Pelajaran Pertama

Pelajaran yang pertama kali ini adalah mengenal bau,rasa dan bentuk
Selamat Belajar.....

1. MENGENAL BAU

Jawa         Melayu
-----         -------
Bacin      Busuk
Badek     Hapak
Wangi     Harum
Amis       Hanyir
Lecit        Bacin


Read More

BELAJAR BAHASA JAWA

BELAJAR BAHASA JAWA
===============================
Disini para pengunjung akan diperkenalkan dengan bahasa jawa peringkat asas. Semuga dengan membaca dan mendengar kandungan dibawah, para pengunjung akan mengetahui sedikit-sebanyak asas bahasa jawa dan akan mendapat faedah daripadanya. Selamat Belajar!

Bahasa jawa ini juga ada perbezaan diantara satu tempat dan tempat lain, maksud kami perbezaan dari segi istilah dan sebagainya kerana jawa terdiri dari banyak pecahan seperti jawa pegelan, jawa ponorogo dan sebagainya. Oleh itu pelajaran ini hanyalah sebagai panduan bagi mereka yang berminat. Semuga anda beroleh manafaat daripada pelajaran bahasa jawa ini.

Kategori :
  1. Mengenal bau
  2. Mengenal rasa
  3. Mengenal bentuk
  4. Mengenal waktu
  5. Mengenal angka
  6. Mengenal ahli Keluarga
  7. Mengenal anggota badan
  8. Mengenal arah
  9. Mengenal hari
  10. Mengenal perbuatan
  11. Mengenal pertanyaan yg. selalu didengar
  12. Mengenal peralatan rumah
  13. Mengenal haiwan
  14. Mengenal buah-buahan
  15. Mengenal perasaan

Read More

KATA-KATA HIKMAH Siri 2

  J   Seorang teman sejati akan membuat Anda hangat dengan kehadirannya,
      mempercayai akan rahasianya dan mengingati Anda dalam doa-doanya.

  J   Doa memberikan kekuatan pada orang yang lemah,
      membuat orang tidak percaya menjadi percaya dan
      memberikan keberanian pada orang yang ketakutan.

  J   Jika kita berbuat baik, kebaikan pula yang akan kita terima kelak.

  J   Senyum tidak hanya akan menampilkan wajah yang cerah,namun juga menghangatkan jiwa.

  J   Cinta itu angkuh dan lembut.Lebih baik memiliki cinta daripada memiliki semua bintang di
      langit.

  J   Yang penting bukan berapa lama kita hidup,tetapi bagaimana kita hidup.

  J   Nasihat yang baik tidak pernah datang terlambat.

  J   Iri hati yang ditunjukan kepada seseorang akan melukai diri sendiri.

  J   Anda cuma bisa hidup sekali saja didunia ini,
      tetapi jika anda hidup dengan benar, 
      sekali saja sudah cukup.

  J   Kenangan indah masa lalu hanya untuk dikenang,bukan untuk diingat-ingat.

  J   Rasa takut bukanlah untuk dinikmati,tetapi untuk dihadapi.

  J   Orang bijaksana selalu melengkapi kehidupannya dengan banyak persahabatan.

  J   Lidah anda yang menentukan siapa anda.

  J   Di antara isi rumah tangga, anak-anaklah yang terbaik.

  J   Cinta seringkali akan lari bila kita mencari,
tetapi cinta jua seringkali dibiarkan pergi,
bila ia menghampiri.

  J   Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam.
Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa.
Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim.
Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji.

  J   Jika Anda tidak memulai hari ini dengan senyuman,
belum terlambat untuk mencobanya pada hari esok.

  J   Buka mata kita lebar-lebar sebelum menikah, dan biarkan mata kita setengah terpejam sesudahnya

  J   Persahabatan sejati layaknya kesehatan, nilainya baru kita sadari setelah kita kehilangannya

  J   Seorang sahabat adalah yang dapat mendengarkan lagu di dalam hatimu dan akan menyanyikan kembali tatkala kau lupa akan bait-baitnya

Read More

KATA-KATA HIKMAH


Kata-kata hikmah

J   Tak perlu mencari teman secantik BALQIS,
Jika diri tak seindah SULAIMAN,
Mengapa mengharap teman setampan YUSUF,
Jika kasih tak setulus ZULAIKHA,
Tak perlu diri menjadi seteguh IBRAHIM,
Jika tak sekuat SARAH,
Mengapa didamba teman hidup seistimewa KHADIJAH,
Jika diri tak sesempurna RASULULLAH S.A.W,

J   Tak guna Ada MATA kalau tak dapat MELIHAT,
Tak guna Ada HATI kalau tak tau MENILAI.....
Wanita yang MITHALI dan SETIA¦..

J   'KeKaYaaN YaNg PaLiNg KaYa iaLaH AKAL,
KeMiSkiNaN YaNg PaLiNg BeSaR iaLaH JAHIL,
KeBuRuKaN YaNg PaLiNg HoDoH iaLaH SESAT'

J   Sesuatu yang baik, belum tentu benar.
Sesuatu yang benar, belum tentu baik.
Sesuatu yang bagus, belum tentu berharga.
Sesuatu yang berharga/berguna, belum tentu bagus.

J   Fikiran yang terbuka dan mulut yang tertutup merupakan suatu kombinasi kebahagiaan.

J   Semakin banyak Anda berbicara tentang diri sendiri,
semakin banyak pula kemungkinan untuk Anda berbohong

    Read More

    Selingan Dikala Sore...2

    ENGKAU..., AKU...

    Tak pernah ku kesal
    Memilih dirimu
    Biarpun pudar kelam masa silam
    Bagiku kasih sayang satu anugerah
    Tak ternilai olehku
    Benarlah katamu hidup penuh pura
    Tetapi tidak pada diri ini
    Cintaku tulus suci lahir dari hati
    Salju di danau rindu
    Mengapakah sukar menyakinkan cinta
    Yang terbiar layu disirami duka
    Sedangkan diriku umpama pengemis
    Mengharap kasihmu itu
    Izinkanlah aku menyintaimu
    Dan sesungguhnya cintaku satu...

    kau,kenape kau datang dalam idup aku???
    kau datang,bagi aku cinta,kasih,syg,rindu,impian n harapan..
    tiba2 kau pergi dari aku..
    kau hancurkan harapan aku,impian aku...
    kau memang kejam siot....

    Read More

    Selingan Dikala Sore...

    Antara cinta dan suka 

    Di hadapan orang yang kita cinta,
    hati kita akan berdegup kencang...
    Tapi di depan orang yang kita suka,
    hati kita akan gembira...
    Di depan orang yang kita cinta,
    musim sentiasa berbunga-bunga...
    Di depan orang yang kita suka,
    musim itu cuma berangin sahaja...
    Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta,
    kita akan kaku...
    Tapi jikalau kita melihat ke dalam mata orang yang kita suka,
    kita akan tersenyum...

    Di depan orang yang kita cinta,
    lidah kelu untuk berkata-kata...
    Di depan orang yang kita suka,
    lidah bebas berkata apa sahaja...
    Di depan orang yang kita cinta,
    kita menjadi malu...
    Di depan orang yang kita suka,
    kita akan tunjukkan imej yang sebenar...

    Read More

    Penambahan dan kekurangan ahli...?

    Penambahan dan kekurangan ahli...?


    Kelab kami ditubuhkan dengan skala keahlian hanyalah 20 orang sahaja. Tetapi dalam masa yang sama pengurang ahli telah berlaku kerana ada diantaranya ditukarkan serta bertgas di tempat yang lain.


    Sekarang keahlian kami telah berkurang..dan kami terpaksa menolak jemputan untuk bermain di majlis-majlis kerana kekurangan ahli..


    Alhamdullilah..atas pujukan dan saranan dari pengasas kelab ramai yang telah menjadi ahli kelab, kerana keahlian dibuka kepada semua...tidak hanya sebelah pihak....

    Read More

    Impian tercapai..............

    Impian kami.............


    - Membawa budaya yang baru...tercapai


    - Mengekang dari terjebaknya ke aktiviti yang tidak bermoral... tercapai


    - Mengeratkan lagi silatulrahim sesama umat..tercapai


    - Dapat mengenali dengan lebih ramai lagi gelagat manusia.. tercapai


    - Menambahkan ahli kelab daripada yang sedikit kepada yang ramai...tercapai

    Read More

    Golongan Sasaran yang manakah menjadi "TARGET"..?

    Golongan Sasaran yang manakah menjadi "TARGET"..?

    Sudah menjadi lumrah apabila berlakunya sesuatu masalah atau isu dalam masyarakat, persoalan yang sering timbul ialah siapa yang bersalah? Golongan manakah yang sebenarnya bertanggungjawab terhadap permasalahan ini?

    Contohnya, apabila berlakunya gejala sosial yang semakin menjadijadi, berbagai golongan menjadi sasaran. Ada yang menuding jari kepada ibu bapa yang katanya tidak bertanggungjawab, ada yang menuduh guru-guru gaga1 mendidik, ada yang mempersoalkan tanggungjawab pemimpin dan tidak kurang juga yang menyalahkan para ulama yang tidak berperanan.

    Golongan-golongan inilah yang sering menjadi sasaran utama. Cuba kita suluh dari perspektif Islam, siapakah yang sebenarnya bertanggungjawab dalam masalah ini.

    BAIK TIANG-TIANG SERI MASYARAKAT BAIKLAH MASYARAKAT

    Asas utama untuk menyelesaikan masalah masyarakat itu ialah tiang-tiang seri atau tunggak masyarakat yang hendak bertindak itu hendaklah menjadi baik terlebih dahulu. Misalnya kalau di rumah, kedua ibu bapalah ibarat tiang serinya. Kalau di sekolah, ia tanggungjawab guru besar serta para pendidik. Kalau di sesebuah kampung, ketua kampung serta jawatan kuasa kampung (JKK). Kalau di pejabat, pengarah serta para ketua jabatannya. Kalau di peringkat daerah, wakil rakyat, pegawai daerah (DO) dan penolong pegawai daerah (ADO). Kalau dalam sesebuah negeri, menteri besar serta exco-exconya dan seterusnya di peringkat negara, ia merupakan tanggungjawab Perdana Menteri serta para kabinetnya. Mereka ini bukan sahaja perlu bertindak menangani masalah yang dihadapi tetapi juga perlu menjadi contoh kepada masyarakat.

    Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud: "Dua golongan daripada umatku, apabila mereka baik maka baiklah manusia, dan apabila mereka rosak maka rosaklah manusia, iaitu umarak dun ulama." (Riwayat Ibnu Abdul Barri dan Abu Nuaim)

    Berdasarkan Hadis di atas, jelas menunjukkan bahawa Rasulullah SAW menyebut dua golongan utama yang menjadi kayu ukur dan penentu baik buruknya rakyat iaitu ulama dan umarak.

    Secara umumnya, semua golongan mempunyai tanggungjawab masing-masing mengikut kuasa yang ada padanya di 'kawasan' masing-masing. Ini adalah kerana, apa bangsa atau puak sekalipun, lumrahnya yang atas mendidik yang bawah, yang di atas kena memimpin dan mengasuh yang di bawah. Contohnya di rumah, ibu bapalah yang bertanggungjawab mendidik anak-anak. Kalau di sekolah, guru-gurulah yang bertanggungjawab mendidik murid-murid. Kalau dalam jemaah, pemimpin jemaahlah yang perlu mendidik para pengikutnya. Manakala dalam sebuah negara, pemimpin negaralah yang bertanggungjawab mendidik rakyatnya.

    Hal ini tidak berlaku sebaliknya. Pada hakikatnya, bagaimana bentuk dan sikap anak-anak itu menggambarkan bentuk dan sikap ibu dan ayahnya. Bagaimana sikap murid-murid menggambarkan sikap guru-gurunya. Bagaimana sikap anggota dalam satu jemaah itu menggambarkan sikap pemimpinnya atau ketuanya. Bagaimana keadaan masyarakat menggambarkan keadaan pemimpinnya. Itulah rakyat, baik buruk rakyat adalah gambaran baik buruk pemimpin.

    Apabila anak-anak majoritinya telah rosak akhlaknya, dan perangai mereka menjolok mata, maka ibu bapanyalah yang bersalah. Bukankah pepatah Melayu ada berkata, bapa borek anaknya rintik.

    Begitu jugalah di sekolah, apabila murid-muridnya sudah ramai tidak bermoral dan disiplin diri sudah tiada, majoriti guru-gurunyalah yang bersalah. Pepatah Melayu juga ada mengatakan, "Bila guru kencing berdiri, anak murid kencing berlari".

    Kalau di sekolah pun, di mana manusia dididik, sudah tidak mampu lagi melahirkan manusia yang berdisiplin lahir dan batin, jangan mimpilah ia boleh berlaku di kilang, di padang, di hutan, di tempat-tempat rekreasi, di pejabat, di pusat membeli-belah dan di lain-lain tempat dapat melahirkan manusia yang terdisiplin lahir dan batin, sedangkan tempat-tempat itu bukan gelanggang pendidikan.

    Demikianlah juga apabila rakyat sudah banyak membuat masalah dan disiplin diri sudah punah, ini menunjukkan kebanyakan pemimpin dan ulama sudah rosak. Kalaupun mereka tidak secara terang-terangan membuat maksiat, mungkin secara tersembunyi di sebalik tabir. Bukankah Hadis juga ada berkata yang bermaksud:

    "Manusia itu mengiku t agama rajanya (pemerin tahnya). "

    Ertinya, bagaimana pemerintahnya begitulah rakyatnya. Oleh itu untuk membaikkan golongan yang sudah rosak tadi, pemimpin tidak boleh menjadi seperti ketam yang menyuruh anaknya be rjalan betul.

    Pemimpin ibarat sebatang kayu, bayangnya adalah rakyat. Kalau bayangnya bengkok bererti kayunya bengkok. Kalau bayangnya lurus, mesti kayunya juga lurus. Begitulah kalau sebuah negara itu rakyatnya banyak yang jahat, ini menunjukkan para pemimpin negara itu juga sudah banyak yang jahat.

    Oleh itu untuk membaikkan rakyat, kenalah para pemimpin membaiki diri mereka terlebih dahulu sebelum mengajak rakyatnya menjadi baik.

    Read More

    TUJUAN PENUBUHAN KELAB..

    Tujuan..

    Tujuan utama penubuhan kelab kompang ini adalah untuk meneruskan serta memperkenalkan tradisi kemayuan kepada warga tempatan. Kelab ini ditubuhkan dikawasan pantai timur yang majoriti adalah meminati kesenian DIKIR BARAT atau MAK YONG.

    Jadi secara tidak langsung budaya ini terus berkembang tidak mengira tempat sahaja. Jika dahulu Kompang hanya sinonim dengan Negeri Johor, Negeri Sembilan, Melaka, Selangor atau Pahang.. tetapi kini tidak lagi.. Kemunculan kami buat pertama kali bagaikan satu budaya yang unik.


    Read More

    Raya Due 2010

    Saksikanlah dan nilai sendiri...

    Read More

    Gambar Sekitar Perasmian Kelab Kompang CENDERAWASIH

    Majlis menepung tawar kompang oleh Komander Pangkalan bagi tujuan agar segala yang dilakukan diberkati-Nya. 

        Penghulu Kelab Di pakai tanjak dan selendang bermakna Kelab kami secara rasminya telah `sempurna`



    Read More

    Pengasas Terawal Kompang Cenderawasih

    Pengasas Terawal Kompang Cenderawasih

    Kapt Hasnor - Bekas Pengurus Kelab Cenderawasih
    ( Posting Ke PU Labuan )

    Kapt Mohar Siddeq 
    ( Pengurus Kelab Baru Cenderawasih )


    Wak Is 
    ( Pengerusi Kelab Cenderawasih )


    Wak Jibeng 
    (Tekong Kapal @ Pencetus Idea )


    Wak Ramli @ Abah
    ( Menteri Kewangan )


    Wak Dayat 
    Pencipta Lagu @ Komposer )


    Wak Dyno 
    ( Admin @ Pereka Design )


    Wak Yan 
    ( G-Door Keramat )


    Wak Tobek 
    ( Kepang Lior )

    Inilah Wajah-wajah antara pengasas awal bagi kelab ini.... Diharapkan agar Kelab Kompang Cenderawasih terus mekar di bumi ini...insyallah....

    Read More
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...