Tujuan..
Tujuan utama penubuhan kelab kompang ini adalah untuk meneruskan serta memperkenalkan tradisi kemayuan kepada warga tempatan. Kelab ini ditubuhkan dikawasan pantai timur yang majoriti adalah meminati kesenian DIKIR BARAT atau MAK YONG.
Jadi secara tidak langsung budaya ini terus berkembang tidak mengira tempat sahaja. Jika dahulu Kompang hanya sinonim dengan Negeri Johor, Negeri Sembilan, Melaka, Selangor atau Pahang.. tetapi kini tidak lagi.. Kemunculan kami buat pertama kali bagaikan satu budaya yang unik.
Penerima masyarakat setempat akan budaya yang dibawa adalah sangat memberangsangkan. Sehinggakan pihak kami tidak menang tangan untuk menerima tempahan baik untuk Majlis Perkahwinan atau Perasmian.
Matlamat kami adalah untuk membudayakan seni kompang kepada seluruh warga setempat dan sekaligus menepis tanggapan bahawa kompang untuk orang johor @ jawa sahaja.
Alhamdullilah...segala berjalan lancar sperti yang dirancangkan. Semoga penubuhan kelab ini akan mendapat sokongan tidak kira dari mana-mana pihak sekalipun...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sila tinggalkan komen,pendapat atau pertanyaan anda