Kelab Kompang Cenderawasih PUGK adalah sebuah kumpulan yang terdiri daripada pegawai dan anggota-anggota TUDM berpangkalan di Pangkalan Udara Gong Kedak,Jerteh Terengganu. Tujuan utama kelab ini adalah sebagai salah satu riadah bagi mengisi masa lapang serta menghidupkan kembali kesenian melayu iaitu kompang dan demi memartabatkan tradisi agar kesenian Melayu yang indah ini dapat diteruskan serta bertujuan mengeratkan silaturahim diantara anggota TUDM dan orang awam.
Selamat Datang
Selamat Datang ke Blog Kompang Cenderawasih. Blog ini baru diterbitkan pada 26 April 2011 . Terima kasih kerana sudi melawat blog ini. Sila klik like @ tinggalkan komen anda. Kepada sesiapa yang ingin mengetahui dengan labih lanjut berkenaan kumpulan kami sila hubungi kami untuk penerangan lanjut. Terima Kasih di atas sokongan anda....
Jangan Lupa Klik Like Dan Share Dengan Rakan-Rakan Anda Di Facebook Dan Twitter
Aktiviti Kelab...
100 LANGKAH MENUJU KESEMPURNAAN IMAN
DI ANTARA CABANG IMAN
Keistimewaan Insan Yang Bernama Wanita..
6 WANITA MALANG & 19 KEISTIMEWAAN WANITA
Sifat-Sifat Manusia...
Tazkirah Jumaat..
Pelajaran Pertama
BELAJAR BAHASA JAWA
- Mengenal bau
- Mengenal rasa
- Mengenal bentuk
- Mengenal waktu
- Mengenal angka
- Mengenal ahli Keluarga
- Mengenal anggota badan
- Mengenal arah
- Mengenal hari
- Mengenal perbuatan
- Mengenal pertanyaan yg. selalu didengar
- Mengenal peralatan rumah
- Mengenal haiwan
- Mengenal buah-buahan
- Mengenal perasaan
KATA-KATA HIKMAH Siri 2
KATA-KATA HIKMAH
Selingan Dikala Sore...2
Selingan Dikala Sore...
Penambahan dan kekurangan ahli...?
Penambahan dan kekurangan ahli...?
Kelab kami ditubuhkan dengan skala keahlian hanyalah 20 orang sahaja. Tetapi dalam masa yang sama pengurang ahli telah berlaku kerana ada diantaranya ditukarkan serta bertgas di tempat yang lain.
Sekarang keahlian kami telah berkurang..dan kami terpaksa menolak jemputan untuk bermain di majlis-majlis kerana kekurangan ahli..
Alhamdullilah..atas pujukan dan saranan dari pengasas kelab ramai yang telah menjadi ahli kelab, kerana keahlian dibuka kepada semua...tidak hanya sebelah pihak....
Impian tercapai..............
Impian kami.............
- Membawa budaya yang baru...tercapai
- Mengekang dari terjebaknya ke aktiviti yang tidak bermoral... tercapai
- Mengeratkan lagi silatulrahim sesama umat..tercapai
- Dapat mengenali dengan lebih ramai lagi gelagat manusia.. tercapai
- Menambahkan ahli kelab daripada yang sedikit kepada yang ramai...tercapai
Golongan Sasaran yang manakah menjadi "TARGET"..?
Contohnya, apabila berlakunya gejala sosial yang semakin menjadijadi, berbagai golongan menjadi sasaran. Ada yang menuding jari kepada ibu bapa yang katanya tidak bertanggungjawab, ada yang menuduh guru-guru gaga1 mendidik, ada yang mempersoalkan tanggungjawab pemimpin dan tidak kurang juga yang menyalahkan para ulama yang tidak berperanan.
Golongan-golongan inilah yang sering menjadi sasaran utama. Cuba kita suluh dari perspektif Islam, siapakah yang sebenarnya bertanggungjawab dalam masalah ini.
BAIK TIANG-TIANG SERI MASYARAKAT BAIKLAH MASYARAKAT
Asas utama untuk menyelesaikan masalah masyarakat itu ialah tiang-tiang seri atau tunggak masyarakat yang hendak bertindak itu hendaklah menjadi baik terlebih dahulu. Misalnya kalau di rumah, kedua ibu bapalah ibarat tiang serinya. Kalau di sekolah, ia tanggungjawab guru besar serta para pendidik. Kalau di sesebuah kampung, ketua kampung serta jawatan kuasa kampung (JKK). Kalau di pejabat, pengarah serta para ketua jabatannya. Kalau di peringkat daerah, wakil rakyat, pegawai daerah (DO) dan penolong pegawai daerah (ADO). Kalau dalam sesebuah negeri, menteri besar serta exco-exconya dan seterusnya di peringkat negara, ia merupakan tanggungjawab Perdana Menteri serta para kabinetnya. Mereka ini bukan sahaja perlu bertindak menangani masalah yang dihadapi tetapi juga perlu menjadi contoh kepada masyarakat.
Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud: "Dua golongan daripada umatku, apabila mereka baik maka baiklah manusia, dan apabila mereka rosak maka rosaklah manusia, iaitu umarak dun ulama." (Riwayat Ibnu Abdul Barri dan Abu Nuaim)
Berdasarkan Hadis di atas, jelas menunjukkan bahawa Rasulullah SAW menyebut dua golongan utama yang menjadi kayu ukur dan penentu baik buruknya rakyat iaitu ulama dan umarak.
Secara umumnya, semua golongan mempunyai tanggungjawab masing-masing mengikut kuasa yang ada padanya di 'kawasan' masing-masing. Ini adalah kerana, apa bangsa atau puak sekalipun, lumrahnya yang atas mendidik yang bawah, yang di atas kena memimpin dan mengasuh yang di bawah. Contohnya di rumah, ibu bapalah yang bertanggungjawab mendidik anak-anak. Kalau di sekolah, guru-gurulah yang bertanggungjawab mendidik murid-murid. Kalau dalam jemaah, pemimpin jemaahlah yang perlu mendidik para pengikutnya. Manakala dalam sebuah negara, pemimpin negaralah yang bertanggungjawab mendidik rakyatnya.
Hal ini tidak berlaku sebaliknya. Pada hakikatnya, bagaimana bentuk dan sikap anak-anak itu menggambarkan bentuk dan sikap ibu dan ayahnya. Bagaimana sikap murid-murid menggambarkan sikap guru-gurunya. Bagaimana sikap anggota dalam satu jemaah itu menggambarkan sikap pemimpinnya atau ketuanya. Bagaimana keadaan masyarakat menggambarkan keadaan pemimpinnya. Itulah rakyat, baik buruk rakyat adalah gambaran baik buruk pemimpin.
Apabila anak-anak majoritinya telah rosak akhlaknya, dan perangai mereka menjolok mata, maka ibu bapanyalah yang bersalah. Bukankah pepatah Melayu ada berkata, bapa borek anaknya rintik.
Begitu jugalah di sekolah, apabila murid-muridnya sudah ramai tidak bermoral dan disiplin diri sudah tiada, majoriti guru-gurunyalah yang bersalah. Pepatah Melayu juga ada mengatakan, "Bila guru kencing berdiri, anak murid kencing berlari".
Kalau di sekolah pun, di mana manusia dididik, sudah tidak mampu lagi melahirkan manusia yang berdisiplin lahir dan batin, jangan mimpilah ia boleh berlaku di kilang, di padang, di hutan, di tempat-tempat rekreasi, di pejabat, di pusat membeli-belah dan di lain-lain tempat dapat melahirkan manusia yang terdisiplin lahir dan batin, sedangkan tempat-tempat itu bukan gelanggang pendidikan.
Demikianlah juga apabila rakyat sudah banyak membuat masalah dan disiplin diri sudah punah, ini menunjukkan kebanyakan pemimpin dan ulama sudah rosak. Kalaupun mereka tidak secara terang-terangan membuat maksiat, mungkin secara tersembunyi di sebalik tabir. Bukankah Hadis juga ada berkata yang bermaksud:
"Manusia itu mengiku t agama rajanya (pemerin tahnya). "
Ertinya, bagaimana pemerintahnya begitulah rakyatnya. Oleh itu untuk membaikkan golongan yang sudah rosak tadi, pemimpin tidak boleh menjadi seperti ketam yang menyuruh anaknya be rjalan betul.
Pemimpin ibarat sebatang kayu, bayangnya adalah rakyat. Kalau bayangnya bengkok bererti kayunya bengkok. Kalau bayangnya lurus, mesti kayunya juga lurus. Begitulah kalau sebuah negara itu rakyatnya banyak yang jahat, ini menunjukkan para pemimpin negara itu juga sudah banyak yang jahat.
Oleh itu untuk membaikkan rakyat, kenalah para pemimpin membaiki diri mereka terlebih dahulu sebelum mengajak rakyatnya menjadi baik.
TUJUAN PENUBUHAN KELAB..
Tujuan..
Tujuan utama penubuhan kelab kompang ini adalah untuk meneruskan serta memperkenalkan tradisi kemayuan kepada warga tempatan. Kelab ini ditubuhkan dikawasan pantai timur yang majoriti adalah meminati kesenian DIKIR BARAT atau MAK YONG.
Jadi secara tidak langsung budaya ini terus berkembang tidak mengira tempat sahaja. Jika dahulu Kompang hanya sinonim dengan Negeri Johor, Negeri Sembilan, Melaka, Selangor atau Pahang.. tetapi kini tidak lagi.. Kemunculan kami buat pertama kali bagaikan satu budaya yang unik.
Read More
Raya Due 2010
Saksikanlah dan nilai sendiri...
Gambar Sekitar Perasmian Kelab Kompang CENDERAWASIH
Pengasas Terawal Kompang Cenderawasih
Kapt Hasnor - Bekas Pengurus Kelab Cenderawasih ( Posting Ke PU Labuan ) |