Selamat Datang

Selamat Datang ke Blog Kompang Cenderawasih. Blog ini baru diterbitkan pada 26 April 2011 . Terima kasih kerana sudi melawat blog ini. Sila klik like @ tinggalkan komen anda. Kepada sesiapa yang ingin mengetahui dengan labih lanjut berkenaan kumpulan kami sila hubungi kami untuk penerangan lanjut. Terima Kasih di atas sokongan anda....

Jangan Lupa Klik Like Dan Share Dengan Rakan-Rakan Anda Di Facebook Dan Twitter

Follow KCenderawasih on Twitter

Asal Usul Kompang

Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Ia tergolong dalam kumpulan alat muzik gendang. Kulit kompang biasanya diperbuat daripada kulit kambing. Mempunyai baluh berbingkai yang dibuat dari kayu keras, lazimnya kayu jenis nangka atau nama saintifik Artocarpus Heterophyllus. Belulang dari kulit kambing digunakan sebagai bahan bunyi yang dipasang pada permukaan baluhnya dengan menggunakan bahan pelekat dan ditindih dengan paku supaya ketegangannya lebih terjamin.

Pada kebiasaannya, seurat rotan akan diselit dari bahagian belakang antara kulit dan bingkai kayu bertujuan menegangkan permukaan kompang, bertujuan menguatkan bunyi kompang. Kini, gelung plastik turut digunakan.

Alat muzik ini berasal dari dunia Arab dan dipercayai dibawa masuk ke Tanah Melayu sama ada ketika zaman Kesultanan Melaka oleh pedagang India Muslim, atau melalui Jawa pada abad ke-13 oleh pedagang Arab.

Kompang biasanya berukuran enam belas inci ukur lilit dan ditutup dengan kepingan kulit pada sebelah permukaan. Ia mempunyai bukaan cetek dan dimainkan dengan memegang dengan sebelah tangan sementara dipalu dengan sebelah tangan yang lain.

Cara memalu kompang ialah dengan menepuk kulit kompang dengan bahagian jari-jari atau tapak tangan mengikut rentak. Kompang lazimnya dimainkan secara berkumpulan. Kompang biasanya dimainkan semasa perarakan, kenduri dan upacara-upacara tradisi lain. Dalam konteks persembahan, kumpulan kompang akan dibahagi kepada tiga kumpulan mengikut peranannya masing-masing.

Bunyi yang berlainan dihasilkan dengan membezakan cara bukaan tapak tangan. Bunyi ‘bum’ di perolehi dengan tepukan di sisi kompang dan tapak tangan dikuncup/rapat. Bunyi ‘pak’ di perolehi dengan tepukan di tengah kompang dengan jari tangan yang terbuka.

Paluan kompang terbahagi kepada 2 bahagian iaitu paluan tradisi dan paluan moden ataupun kreatif. Paluan tradisi adalah paluan di mana memukul kompang sambil menyanyi ataupun bersyair dalam versi Arab ataupun bahsa Melayu klasik. Manakala paluan moden pula di mana paluan tersebut diselitkan dengan gerakan ataupun tarian. Di Sabah, pertandingan kompang sering diadakan untuk memartabatkan kembali kesenian Melayu yang telah hampir pupus ini.

Sumber resam_melayu.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan komen,pendapat atau pertanyaan anda

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...