Selamat Datang

Selamat Datang ke Blog Kompang Cenderawasih. Blog ini baru diterbitkan pada 26 April 2011 . Terima kasih kerana sudi melawat blog ini. Sila klik like @ tinggalkan komen anda. Kepada sesiapa yang ingin mengetahui dengan labih lanjut berkenaan kumpulan kami sila hubungi kami untuk penerangan lanjut. Terima Kasih di atas sokongan anda....

Jangan Lupa Klik Like Dan Share Dengan Rakan-Rakan Anda Di Facebook Dan Twitter

Follow KCenderawasih on Twitter

SEJARAH KOMPANG

SEJARAH KOMPANG
Kompang dipercayai berasal dari Timur Tengah berdasarkan beberapa pendapat iaitu ;

Pendapat pertama:
Bentuknya sama dengan hadrah yang menyerupai kompang yang terdapat di negara Arab.
Pendapat kedua :
Lirik lagu yang dimainkan selalunya dalam bahasa Arab , contohnya Selawat Memuji Rasulullah SAW.

Pendapat Kedua:
Permainan kompang dibawa oleh pedagang Arab yang datang berdagang ke Nusantara. Ia digunakan untuk menarik perhatian pembeli terhadap perniagaan mereka. Dipercayai permainan ini menjadi ikutan masyarakat tempatan dan seterusnya berkembang  sehingga kini.
Manakala permainan kompang berkembang ke Tanah Melayu akibat imigrasi masyarakat Jawa. (Abdul Latif Ali,1980:12)


FUNGSI
P
ersembahan kompang ini mempunyai pelbagai fungsi dan peranan.  Pada asasnya, ia bertujuan untuk memeriahkan sesuatu upacara. Sungguhpun demikian, fungsi permainan ini turut mengalami perkembangan mengikut masa. Antara fungsi permainan kompang ialah;
1.        Mengiringi aktiviti vokal seperti nyanyian solo atau kumpulan secara ensemble (nasyid, marhaban)
2.      Mengarak pengantin, kanak-kanak berkhatan, berkhatam Quran, dan upacara rasmi yang melibatkan pembesar
3.      Menjadi elemen permainan ensembel lain seperti orkestra, lagu etnik kreatif, cak lempong, cak lempong pacik dan gamelan.
4.     Untuk merangsang semangat pasukan yang bertanding, contohnya pasukan bola sepak bagi memeriahkan acara sukan serta membuat gimik sorakan.
5.      Pertandingan – paluan kompang dan kompang formasi
6.     Permainan kompang biasanya dapat dilihat dan dimainkan oleh persatuan atau kumpulan dalam sesebuah kampung, sekolah-sekolah, pusat pengajian tinggi, yayasan kesenian negeri, serta institusi-institusi kerajaan bagi mengekalkan keaslian permainan muzik tradisional Melayu.

Persembahan kompang diketuai oleh seorang pemimpin. Tugas pemimpin ialah untuk memulakan dan menamatkan sesuatu permainan dengan arahan atau lakuan tertentu.

Sumber : Kompang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan komen,pendapat atau pertanyaan anda

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...