Merekalah generasi muda penerus tradisi melayu agar kesenian Melayu iaitu kompang tak hilang dek panas..tak lapok dek hujan..
Semoga warisan ini terus terpelihara untuk tatapan generasi hadapan...
Kelab Kompang Cenderawasih PUGK adalah sebuah kumpulan yang terdiri daripada pegawai dan anggota-anggota TUDM berpangkalan di Pangkalan Udara Gong Kedak,Jerteh Terengganu. Tujuan utama kelab ini adalah sebagai salah satu riadah bagi mengisi masa lapang serta menghidupkan kembali kesenian melayu iaitu kompang dan demi memartabatkan tradisi agar kesenian Melayu yang indah ini dapat diteruskan serta bertujuan mengeratkan silaturahim diantara anggota TUDM dan orang awam.
Selamat Datang
Selamat Datang ke Blog Kompang Cenderawasih. Blog ini baru diterbitkan pada 26 April 2011 . Terima kasih kerana sudi melawat blog ini. Sila klik like @ tinggalkan komen anda. Kepada sesiapa yang ingin mengetahui dengan labih lanjut berkenaan kumpulan kami sila hubungi kami untuk penerangan lanjut. Terima Kasih di atas sokongan anda....
amacam kawan2...tak rasa terbako ke..tengok budak2 jer main....
BalasPadam